KHALI HARDCOVER
- Regular price
- RM 70.00
- Sale price
- RM 70.00
- Regular price
-
RM 80.00
Share
‘Dia milik aku. Sama ada rela atau tidak, aku tak peduli.’
Pada malam sambutan hari lahir Heera Khali yang ke 19 tahun, majlis tiba-tiba berubah menjadi ganas apabila mereka didatangi seorang manusia yang tidak dikenali. Ketika itu, Heera tidak merasa syak wasangka apa. Akan tetapi, pada akhirnya Heera berdepan dengan satu kebenaran.
“Siapa kau sebenarnya?”- HEERA KHALI
“Syaitan… syaitan yang jatuh cinta dengan kau.” - KHALI HARDEV
Manusia itu bukanlah sebenar-benar manusia tetapi syaitan bersayap di Hutan Kegelapan Syaitan. Setelah lama mengintai dari dunia kelam, kini Khali kembali untuk mendapatkan miliknya selepas bertahun dia menunggu.
Heera akhirnya dibawa ke istana milik Khali dan dijaga rapi olehnya. Tetapi, tetap saja Heera tidak suka dengan satu sosok tubuh yang baginya ngeri walaupun lelaki itu sudah berusaha sebaik mungkin untuk menjadi seorang manusia.
"Aku tak nak kau... aku tak nak dunia kau!" - HEERA KHALI
“Manusia tak akan boleh lari dari syaitan, Heera.”- KHALI HARDEV
Dapatkah Heera melepaskan diri dari cengkaman syaitan Khali Hardev? Dan mampukah Khali hidup bersama dengan seorang manusia?
“Ishq Mubarak, Khali Hardev. I love you.” - HEERA KHALI
Kadang-kadang, cinta bukan tentang siapa yang memiliki. Tapi tentang siapa yang sanggup mengundur diri, supaya orang yang kita sayang… boleh terus hidup tanpa luka.