SOFTCOVER KHALI
- Regular price
- RM 45.00
- Sale price
- RM 45.00
- Regular price
-
RM 50.00
Share
Blurb
“Salah ke syaitan nak jatuh cinta?” Basa basi Khali menyoal.
Si burung gagak ini memang berani jika dengannya. Pantang nampak Khali buat salah, mesti dia beria menegur. Sudah seperti adik pada si Khali. Padahal, Baazigar hanyalah semata-mata burung yang sesat dan diberi penjagaan rapi oleh si Khali Hardev ini.
Baazigar lepas nafasnya. Dia berjalan mendekati katil. Dipandang Khali yang sedap memeluk gadis manusia yang menjadi pujaannya.
“Tak salah. Cuma kau salah pilih. Dia tu manusia dan kau… syaitan,” sindir Baazigar lagi. Makin dia berani menyindir si Khali. Ini kalau si Khali libas sayap dia pada si Baazigar, mahu lesap terus dari bumi gamaknya.
Khali hanya bereaksi tenang. Mata dipejam rapat lalu dipeluk lagi tubuh Heera sekuat mungkin. Deruan nafas Khali hinggap di leher jinjang Heera.
“Tak kisah. Yang penting aku dapat dia.” Malas-malas Khali membalas dengan ulangan ayat yang sama. Dibiar saja si Baazigar itu panas hati dengan kelakuannya.
Apa yang Khali mahu, pasti semua akan dapat. Termasuk memiliki Heera sebagai cinta hatinya. Dia tidak kisah tentang perbezaan alam. Biarlah, yang penting dia dapat Heera. Kalau dia tak dapat Heera, orang lain pun tak boleh dapat.
Mendengar balasan acuh tak acuh dari Khali, Baazigar terus menjeling geram.
“Gila…” Gumamnya sepatah sebelum dia berubah menjadi seekor burung gagak kembali.